
Gambar masa kat Times Square, hari Sabtu lalu…
Salam semua, sori la geng, aku kesibukan dan kemalasan baru-baru ni. Sila berkunjung ke flickr aku untuk gambar-gambar semasa aku pergi Adobe Master Tours baru-baru ni. =) Tapi gambar aku sekeping pun takda, huhu..
Sebelum singgah album flickr aku tu, ni ada beberapa kejadian yang berlaku baru-baru ni dalam hidup aku:
Semalam, kawan aku eksiden, agak teruk…Sayu aku tengok dia masa sampai kat tempat dia eksiden tu…Patah bahu, adeh…Aku ikut dia pergi HUKM ngan ambulans..Laju gila drebar ambulans tu bawak, hilang perasaan sayu aku kat membe aku tu kejap, huhu..
Lepas ni, InsyaAllah, aku akan quit dari freelancing, nak fokus kat web apps dan user interface design. Aku dengan rela hatinya nak join abang aku dalam PhixelCode. Jadi, kalau ada orang nak upah aku, aku akan rekemenkan kat designer-designer lain yang lebih berbakat dari aku macam Xero, Flisterz, Fath, dan jugak Aj. Kepada yang berkenaan, aku tarik diri ni bukan disebabkan ‘perkara itu’, walaupun ‘perkara itu’ sedikit sebanyak ada menyumbang sedikit faktor mengapa benda ni jadi. Jangan rasa bersalah atau apa, InsyaAllah aku tak kecik hati atau terasa. =)
Lagipun, aku ada banyak lagi projek2 persendirian yang terbengkalai. Rasa tak sedap hati nak biarkan macam tu saja sampai bersawang, takut nanti jadi macam pcmalaya(No offense).
Ok, setel pasal bab-bab teknikal, hujung minggu ni, InsyaAllah aku akan ke Pangkor(lagi~), =) Ada perjumpaan bekas pelajar diploma sains komputer UiTM Arau (csarau), even aku tak grad(Aku berenti dari UiTM masa semester 5, lepas tu masuk maktab..).
Esok, aku ada kuiz Business Studies, tapi haram tak baca apa-apa lagi. Jadi kepada rakan-rakan yang membaca entri ini yang smestinya hensem dan cantik belaka, sila doakan agar hati aku tenang masa jawab kuiz esok, InsyaAllah, =)
Yang berserabut,
Bat







